Wednesday, December 18, 2013

Rasuk..

Hai... Hai....
HHuuaarggghhhhh..!!!!!! Ops.. nguap plak..
Ngantuk plak pagi-pagi nie. Selalu tak macam nie pun. huh. (ngeluh sat).
Ngantuk nie pun sebab malam tadi punya kes. Penat pun ada, sakit pun ada.


Cheq takut nak cita tapi nak kongsi gak. Cheq tak maksud nak aibkan sapa-sapa just nak kongsi jerk.
Malam tadi housemate cheq kena rasuk. Perghhh... menakutkan.
Cheq dengan angah lepak lam bilik tengah bersiap nak kuar. Housemate pun tengah bersiap nak kuar kot. Entah lah. Nak dijadikan cita, dia panggil cheq masuk lam bilik. Dah kenapa plak? gaduh dengan pakwe dia kot. Cheq pun masuk la. Haish.. tiak (nangis) plak dia nie.
 Ok.. plan-plan duk sebelah dia. Dia start cita. Baling fon..?? Apa motif baling fon? Dia cita lagi. Rasa berat kat kat bahu. Aik? Pelik la plak. Cheq pun dah start baca 3 Qul. Angah tipon mama kat kampung. Adus.. nangis plak dia. Cheq tenangkan dia. Cool jap. Minta izin nak pakai tudung sat. Angah g dapur amik lada hitam.
Nak buat pa plak dah? Katanya nak try letak kat ibu jari kaki. Ok. Ikut angah dari belakang. Urmmm... Betul lah tue. Memang dah kena pun. Masa cheq kuar dari bilik dia pun dah rasa meremang ja. Angah kuar panggil mak cik depan. Cheq plak turun bawah cari En.Mohd Fauzi nak amik fon. Laa.. surah Yasin tak dak plak dalm fon. Hampeh tol.
Naik atas balik. En.Mohd Fauzi pun ikut sekali. Masuk umah, dah meracau budak tu. Lah. Abang yang tinggal kat depan tu ngopenye. hai. Tekan ibu jari kaki housemate. Meracau la budak tu. Ada plak abang tue cakap "nak tau ade ke tak, tengah malam kang bace yasin lam bilik nie. Kalau de pa pe jerit je." Pas tu dia kuar. Kami ingatkan dia g cari ustaz. Ngopenye dia masuk lam nqumah. Ceh. cakap ja lebih.Tipon En.Mohd Fauzi. Dia ngah cari ustaz. Lega plak rasanya dia cakap cam tue.
Cheq dengan Angah masuk lam nqumah. Duk sebelah dia. Wahhh.. sempat lagi cheq bercakap dengan benda tue. hikhikhik. Angah dengaq ja. 
Benda tue cakap cam nie "Jangan la kacau aku, ni tempat aku"
Cheq tanya " Kenapa kau kat sini"
"Ni tempat aku" Eh.. Eh.. cekadak dia. suka hati dia cakap ni tempat dia.
"Kau datang dari mane?"
"Aku dah lame kat sini"
Diam sejenak. Fikir jap. Urmmm... Macam mana leh masuk lam nqumah nie? sedangkan cheq dah berpagar nqumah nie sebelum masuk.
Angah tanya "Ko sape?"
"Aku kawan dia"
Nak tergelak pun ada time tue. Gila ka apa tuan badan tue kawan dia. menggong tul benda tue.
Cheq tanya lagi "Kenapa ko masuk lam badan dia nie?"
Diam. Ok.
Ambil yasin duk sebelah dia. Baca Bismillah, dia tengok jeling sambil gelak. Arghhh.. Len macam tengok dia nie. Terus jerit lari kuar. Angah pun ikut lari.


Takut beb. Las, dua-dua kat luar tunggu ustaz mai. Akak yang jiran depan tue pun tunggu sekali. Dia pun risau. Urmm.. makasih la acik bab temankan kami. Intai dari bawah ada 3 orang lelaki jenguk-jenguk kat atas. Mungkin kawan housemate kot. Tunggu ja lah. 3 orang laki nie pun dah sampai. Sorang baju hitam, sorang baju merah, sorang lagi botak. Cheq bawa masuk lam bilik suh tengok. Yang botak nie masuk dulu ntah apa yang dia baca, housemate jadi berang.
"Ko buat ape kat sini?"
Tak dak respon. Marah lagi si housemate nie.
"Jangan kacau aku!! pergi!!!!!"
Mak ai.. Sora dah berubah. kecut perut. Si botak nie cakap "dah panggil ustaz ke? nie bukan lawan saye nie."
Cheq faham situasi cam nie. Sebelum nie penah kena cam nie tapi tak teruk macam malam tadi. Masing-masing kuar dari nqumah tunggu kat luar.
5 minit, En.Mohd Fauzi naik atas. So, suma orang tertanya-tanya. En.Mohd Fauzi jawab "nanti kawan saya bawa ustaz dari darus syifa'". Tunggu lagi. Adei.. Bapa lama nak tunggu nieh?
Ada 3 orang berpakaian cam ustaz-ustaz. "Oooo.. mungkin nie kot ustaz tue." Bagi depa masuk. Suma orang masuk. Sorang bermisai, sorang lagi tak dak misai. Dah start sesi perubatan.


Adus..!!!! Si misai sora kuat, benda tue lagi jerit kuat. Si tak dak misai, relax je kat belakang. Depa suh masuk tolong pegang housemate. So, kami masuk. Huish... berterabur. Memang kuat betul benda nie. Ronta-ronta si minah tue. Memang kuat betul. Ustaz pun sampai. Eh, abang Muzamir, abang Syed pun ada. Ustaz berubat. Hah.. sampai ke luar minah tue. Cakap-cakap. Apa yang cheq dengar
"Sapa nama kamu?"
"Mek Som"
"Bape umur kamu"
"1450 tahun"
Ustaz tu gelak je. Kami yang kat luar dah ternganga dah. Terkejut mak. Gilo. Nie bukan yang tepi jalan.
Nie jenis saka tok nenek moyang dulu-dulu nie. Hatoi... Terkedu jap.

"Aku nak jaga dia"
"Kenapa kau nak jage dia plak? Allah boleh jage"
"Aku tak kan tinggalkan dia. Aku boleh jage dia"
"Allah boleh jage dia"
Berlakulah pergelutan antara ustaz dengan minah nie. Done 1. Ustaz picit-picit lagi kat sendi-sendi. Da lagi. Dokat lutut. hai... Yang nie bunyi cam nie plak.
"Aku nak tinggal kat rumah nie"
"Laa... awat hang nak tinggal lam nqumah nie? Dah-dah.. keluaq p"
Aiseyman..... bley plak nak tinggal sekali dengan kami. Tak bley jadi nie. Berubat lagi. Bergelut lagi. Dah selesai. Check lagi.


Alhadulillah.............. Dah tak dak. Memang kesian tengok dia. Setle berubat, ustaz pun terus keluar. Macam nak cepat ja. Sempat juga kami ucap terima kasih. Semoga Allah membalas jasa orang-orang yang tolong kami malam tadi.

Kami bawa housemate tadi keluar makan jap. Sambil sembang-sembang tue, abang-abang dia mai kedai mungkin tanya khabar kot. Sempat gak dia cita pasal saka arwah moyang dia dulu.
Masa arwah nenek dia meninggal, dia ada masuk dalam bilik tidur nenek dia. Ada sebuah almari baju lama dalam tu plak ada sepasang baju kebaya memang cantik sangat. Tak lusuh lagi. Dia pun try pakai baju kebaya tu. Mungkin dari situ, saka tu ikut dia.

Tak pa lah. apa pun semoga housemate dilindungi oleh Allah daripada makhluk Allah yang jahat. Aminnnn....

Dari situ kita kena sedar tanpa dekat dengan Allah, jin, syaitan, memang mudah untuk mendekati manusia.Jadi kenalah selalu dekat dengan Allah



Thursday, November 21, 2013

Pasrah...

Assalamualaikum... selamat petang suma...
hari ni bagus sikit tue yang bagi salam. Lau tak pakai bedal ja.
Hari ni hati masih sakit. Minda plak masih terbayang. Perasaan masih trauma, takut, marah. suma lah.
Apa pun hati sakit sangat. Jangan salah faham plak. Masuk keja pagi tadi 21.11.2013/Khamis, "eh, tiqah. Ko kene ragut ke?" Muka dah blur-blur. haish. cepat sungguh cita tersebar nieh. Semalam tengok Nightline tak dak pun. urmm pelik sungguh.
Tapi tv len tak lau plak. OK.
Al-kesahnya cam nie, malam tadi (20.11.2013) cheq dengan angah kena ragut berdekatan rounderboard ke Sekyen 7. Sebelum kejadian cheq g bank dulu untuk bank in kan check. Time balik tue, cheq santai ja lah dah nak balik rumah kan? so, tak payah nak kelam-kelibut macam orang len.
Masa dalam perjalanan tue cheq memang dah prasan da sebuah moto LC bawa santai ja. Kami nie tak syak pa-pa ja lah. Dah santai sangat kan? cam siput plak. so, kami pun potong lah. Kononnya nak ngelak dari bas awam. Elok sampai dekat dengan rounderboard, tiba-tiba cheq cam rasa ringan di belakang. Time tue kami still blur lagi. Dalam 2,3 saat cam tue, baru tersedar yang beg cheq dah di bawa lari. Tue pun dia cam lambai-lambai beg tue. Memang geram lah.
Terus kejar. Bayang kan LC lawan Honda Wave 125? ada apa lah sangat dengan Honda Wave 125. Kejar pun sat ja pas tue dah hilang. Masa cheq tengah ligan angah tipon En.Mohd Fauzi bagitau kejadian. pas tue tipon mama abah kat kampung. Of course cari orang yang terdekat dulu. Mungkin dalam kepala angah dah set cari En.Mohd Fauzi kot. Kalau cheq pun, akan buat benda yang sama.
Dah terlepas, kami berpatah balik. tunggu En.Mohd Fauzi mai. Kami round dulu kot-kot jumpa beg balik. Pas tue terus g balai polis.
Wahhh.. first time masuk balai polis buat report. setle suma balik kilang balik semata-mata nak call suma bank, kad sim tuk blok no pin. Untuk keselamatan.
 Alamak..!!!! lupa plak nak cita keadan beg cheq tue. Ok. Beg cheq tue angah pegang. Dapat bayangkan tak dimana letaknya? Peragut plak sorang ja.Apa pun cheq halalkan apa yang dia dah amik tue. Mungkin ada hikmah disebalik tue kan?
Barang apa yang hilang? Of course lah purse dengan henpon. Memang sedeee.. tapi cheq kena redha dengan Ketentuan Ilahi.

So, next time kena berhati-hati. Jangan terlalu leka. So, kepada orang diluar sana jangan cepat membuat manipulasi untuk mangsa ragut k. Masa nak jadi, kita tak tau. So, better jaga lah barang berharga anda.

Wednesday, November 20, 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...
Ehem... Ehem... batuk sikit. Nak tulis apa nie ya?
Urmmmm.... Hari nie cheq dapat berita gembira. suka nya hati.
Berbunga sakura dah dalam hati nie.

Psssstttt... Psssstt... mai sini nak cerita nie...
Hampa nak tau dak? haaaaa.. nak la tue. Cheq tak ngumpat pun.
Nie... haaaa......


tuuu diaaa.... nama sapa tu? nampak dak? tak nampak zoom sikit k. nama cheq lagi. bulan september 2013. Alhamdulillah. Cheq syukur sangat walaupun perform tak bagus ada juga yang prihatin kan cheq yang lemah nie.

Cheq tak sangka dapat lagi. Pa pun yang penting bantuan daripada suma staff da juga my cute boss.. ^_^


Sambut lagiii..!!!!

Hai suma..!!!!
2 hari lepas cheq da kongsi bezday kan.? haa.. nie ada lagi cerita.
Hari Ahad (17.11) dah sambut dengan meriahnya. Hari isnin (18.11) plak sambut lagi dekat opis. urmmm.. kek sponsor dari angah.


nie lah kek yang angah sponsor tu. sambut dekat Lab QAQC SMC. time cheq pi tu tak dak sapa nak layan. :-( sedih ngoh.


betoi kan cheq cakap tadi.? tak dak sapa nak sambut. kesian sungguh. da la 2,3 orang cam tu.
dah potong time waktu rehat. memang orang tak dak la.


nasib la ada asri, ekin dengan en.Mohd Fauzi yang teman cheq potong kek.

Monday, November 18, 2013

My Bezday

Hai Buddyz.....!!!!
Hari nie semangat sebab.............................. ada benda yang hepy sangat.
Haaa... nie yang nak share nie. Sharing is Charing kan? petik dialog dalam SSID. hehehe.. Kak Zura... jangan marah tau.

Happy birthday to me.. 
happy birthday to me.. 
happy birthday to Nur Baitul Atiqah Omar.. 
happy birthday to me..

Semalam 17/11/2013 genap umuq cheq yang ke-....Euuu.. dah tua dah. haish. macam baru ja habis SPM. 
Haa.... nie cheq nak tunjuk sikit kat bawah nie.
Haa.. amik kau. nie antara orang wish bezday cheq semalam. kalau besarkan gambaq nie, ada seseorang yang tak wish bezday. sapa yang kenal mesti tau sapa orangnya. tiap-tiap tahun dia wish tau-tau taun nie tak wish. pelik. urmmm.. mesti ada something nie.
Mama pagi-pagi lagi dah mesej "selamat hari lahir anak mama". then, waktu maghrib plak adik-adik wish bezday siap nyanyi lagi "hepy bezday to u.. hepy bezday to u.. hepy bezday to u kak long.. hepy bezday to u.." memang sebak lah. sebelum nie depa tak penah wish pun.
Nak dijadikan cerita. time ngah gayut dengan acik, mama, adik-adik yang len, dia tipon. banyak kali plak tue.
haish... da benda emergency ka.? urmmm... pelik..pelik..

Pas gayut dengan family kat kampung, angah tepon budak umah. Aik.. lagi pelik. hai... macam tak saba ja. angah suh amik kat Dominos Pizza. ok. done kat situ. Dia plak tepon gtau suh amik angah. haaa.. see... "ting" otak dah mengesahkan memang ada something. Confiuse nak g ka tak. 5 min berlalu. result ok g je lah.
mesej angah "tunggu jap nak mandi". Tengah mandi otak ligat lagi pikir urmmm... toing.. senyum sampai telinga.
Angah mesej. "jap,ada polis". senyum lagi. hati dah berbunga. bawa moto pelan-pelan ja. ikut jalan belakang. hah..? abang zul dengan din.? haaa.. kan betul tekaan cheq. ok. pelan-pelan lagi tak mau depa perasan. angah tepon. cheq suh dia tapau pizza tue. dah masuk lorong nak ke domino's satu badan luaq dengan dalam ketaq. macam mana nie.? depa dah kumpul kat luaq. tapi..... sorang ja tak dak. dalam hati mesti dia amik kek nieh. 
5 min. haaaaaaaaa.... dah nampak waja putih sticker WMC. memang sah.
So, dia ajak masuk domino's. ketaq tak habis g nieh. parking moto. masuk dalam. adus... malu wey..
TARRRRAAAA.....
Nice sangat kek nie.


malunya...


kena buli dengan din, anip, abang zul, angah dan cek na. terpaksa nie. depa usik lau malu cam nie, time kawen nanti nak amik gambar cam na.? haish.. dalam hati rasa cam nak sepak-sepak ja budak-budak nieh.

apa pun memang happening sangat. thankz sayang, angah, abang zul, cek na, anip, din dengan kak ruby meriahkan majlis nieh. walaupun surprise tak menjadi. dah kantoi awal lagi. hahaha..

sayang... thankz sangat.. belajar jadi sorang yang romantik k. nanti tak la pening-pening nak pikir. nie tak, 


asyik cakap tak tau ja..

Dunia kanak-kanak

Hai buddiez...!!!
Banyak plak update hari nie. al-maklum lah semalam kan bezday cheq. heeee...
lepas bezday parti, masing-masing gerak balik. ada yang balik umah, ada yang masuk keja.
kami bertiga plak g Putrajaya kononnya nak amik baju customer Embun Klasik Bridal.
urmmm.. satu hal plak kena tunggu.
jalan-jalan. hah..!!! tarik tangan angah p kat tempat orang jual buih sabun. buat muka comel suh angah belanja. hehehehe... yesss!!!!!!!!! angah belanja.. hati dah bernyanyi riang. nasib ada orang ja lau tak memang dah lompat-lompat cam arnab.

Tengok sini. cam budak-budak kan?


haaa... en.Mohd Fauzi pun dah terpengaruh sekali. Caya lah.. memang sporting bakal somi cheq nie.


cantik kan belon buih sabun nie.?



best tengok depa main. gambaq cheq ada tapi jurukamera snap tak lawa.
haa... bawah nie da lagi movie.




thankz angah, sayang buat cheq gembira semalam. memang hepi sangat.




Wednesday, October 30, 2013

Balik Lagiiiiiiiiiiii

Hai uols..!!!!
Dah lama sangat tak update kan.? sibuk sikit. Kononnya lah. hehehe..
sejak kebelakangan ni ada benda yang dok mengacau dalam minda cek nie. tu yang tak update-update blog nie.
urmmmm.....

Baru-baru ni cek balik kampung nak sambut raya korban. Walaupun raya korban cek tetap balik juga. Orang kampung dah tunggu cek. Wahhhh..!! Dah mengalahkan YB nampak.
hehehe.. jangan jeles noh. Sebut pasal raya korban cek teringat masa cek buat kursus di Kemasik Teknologi Sdn. Bhd., Ipoh. Cek balik pagi raya. Memang trasa sangat rasa sayu tue. Sedih kot. Aiq mata dok leleh ja. 

Kami balik 4 beradik. Muat untuk sebuah kereta waja. Sepanjang perjalanan kami semua diam. Dah spesis pendiam. So, driver mudah mengantuk. tak dak sapa yang boleh drive. tak dak lah driver ganti ada pun yang tak dak lesen. Tak nak suh dia drive kot kan.? Nak ka tak mau en.Mohd Fauzi kena drive sampai kampung.

Masuk ja highway menuju Alor Star, hati dah bunga-bunga tak sabaq nak jumpa mama, abah, adik-adik. Cek dah senyum sampai telinga. Setelah 2 bulan tak jenguk kampung halaman.
Cerah mata cek tengok pemandangan nie..






Gelagat dalam kereta.



ni la en.Mohd Fauzi.


Nie angah adik cek.

Masing-masing dah tak sabaq nak tengok kampung. Sorang lagi tak dak pic. Maaf ye..

k lah. sini dah kot. byee...