Thursday, August 21, 2014

bertafakur

Mulut mengunyah..
mata menatap tv..
tersiar berita mengenai MH17..
Tersentap seketika..
Air mata bergenang..
Mengalir perlahan..
Terus tersedu-sedu..
Ya Allah.. HambaMu ini termampu bertahan untuk menanggung kesedihan lagi..
Betul-betul sedih.. Walaupun tiada pertalian saudara, hati tetap terusik.

Assalamualaikum.. Hari ni hari yang suram bagi rakyat Malaysia. Semua bendera telah diturunkan separuh tiang. Tika ceq menurunkan bendera, hati menjadi teramat sayu. Entah kenapa pagi nie hati terasa begitu. Ayaq mata pun bergenang. Lepas selesai, kepala mendongak ke langit, mata memandang ke awan biru. Bagai ada sesuatu membisik ke telinga. 

Tidak tertahan, kepala terus memandang ke lantai. Air mata menitis ke lantai. Dalam hati berdoa untuk mangsa, ahli keluarga MH17 dan semua umat islam yang telah kembali bertemu dengan Maha Pencipta. Apa pun ceq bersyukur kerana semua mangsa dapat dikembalikan ke tanah air.



Kesempatan nie, mari lah kita ramai-ramai bertafakur 1 minit.