Thursday, December 19, 2013

Rasuk 2

Assalamualaikum...........
Selamat pagi hari Khamis. Yeayyy..!!! Esok last keja tuk minggu nie.
Tak sabaq nya... Aisyeman.. Pap (tepuk dahi sat).
Kelmarin cheq jumpa dengan Abang Syed nak tau apa yang ustaz cakap.
"ustaz cakap dalam badan kawan awak tue ada 3. 1 yang dia punya. Lagi 2 tue yang ikut balik."
"ohhh... biaq betoi abang syed?"
"Betul.. Lagi 1 rumah awak ada laluan yang dah bocor. Jadi, ustaz saran kan awak pagar balik rumah tue."
"Ok. Balik nanti Tiqah bincang dengan budak umah"
Otak pun main peranan. Berfikir cepat. Ting.! Tipon Angah cakap malam nie nak jumpa suma budak umah.
Balik dari keja, Alhamdulillah.. Suma ada. Sesi perbincangan. Teeeetttttttttttt............. Done. Suma setuju. Alhamdulillah. senang buat keja macam nie. Housemate pun senang bagi respon yang baik. Gud.. Gud.. 
Senang keja cheq.
Dalam perbincangan tue da jugak selit - selit bab saka nie.
"Wada... baju kebaya tue ade kat mane ye?"
"dekat Wada. Dekat K.L."
"Urmmm.. Cam nie lah. Wada bawak baju tue balik kampung. Bincang dengan mak, kakak, cam ne? nak putuskan perjanjian tue ke ape?"
"Ok. Nanti Wada bawak balik. tapi, cam sayang je nak buang baju kebaya tue."
"Tiqah bukan ape kesian dekat Wada. sakit 1 hal, penat, seksa lagi."
"Ye lah."
Dah. Masing-masing dah senyap. So, Angah bersuara.
"Jom. Masak. Kita makan ramai-ramai malam nie."
Suma senyum-senyum. Cheq plak mandi dan basuh baju. Angah dengan Wada masak.
Sempat lagi baca yasin. Alhamdulillah...

No.tel ustaz dah dapat. Tunggu nak tipon je. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Aminnnnn...


Wednesday, December 18, 2013

Rasuk..

Hai... Hai....
HHuuaarggghhhhh..!!!!!! Ops.. nguap plak..
Ngantuk plak pagi-pagi nie. Selalu tak macam nie pun. huh. (ngeluh sat).
Ngantuk nie pun sebab malam tadi punya kes. Penat pun ada, sakit pun ada.


Cheq takut nak cita tapi nak kongsi gak. Cheq tak maksud nak aibkan sapa-sapa just nak kongsi jerk.
Malam tadi housemate cheq kena rasuk. Perghhh... menakutkan.
Cheq dengan angah lepak lam bilik tengah bersiap nak kuar. Housemate pun tengah bersiap nak kuar kot. Entah lah. Nak dijadikan cita, dia panggil cheq masuk lam bilik. Dah kenapa plak? gaduh dengan pakwe dia kot. Cheq pun masuk la. Haish.. tiak (nangis) plak dia nie.
 Ok.. plan-plan duk sebelah dia. Dia start cita. Baling fon..?? Apa motif baling fon? Dia cita lagi. Rasa berat kat kat bahu. Aik? Pelik la plak. Cheq pun dah start baca 3 Qul. Angah tipon mama kat kampung. Adus.. nangis plak dia. Cheq tenangkan dia. Cool jap. Minta izin nak pakai tudung sat. Angah g dapur amik lada hitam.
Nak buat pa plak dah? Katanya nak try letak kat ibu jari kaki. Ok. Ikut angah dari belakang. Urmmm... Betul lah tue. Memang dah kena pun. Masa cheq kuar dari bilik dia pun dah rasa meremang ja. Angah kuar panggil mak cik depan. Cheq plak turun bawah cari En.Mohd Fauzi nak amik fon. Laa.. surah Yasin tak dak plak dalm fon. Hampeh tol.
Naik atas balik. En.Mohd Fauzi pun ikut sekali. Masuk umah, dah meracau budak tu. Lah. Abang yang tinggal kat depan tu ngopenye. hai. Tekan ibu jari kaki housemate. Meracau la budak tu. Ada plak abang tue cakap "nak tau ade ke tak, tengah malam kang bace yasin lam bilik nie. Kalau de pa pe jerit je." Pas tu dia kuar. Kami ingatkan dia g cari ustaz. Ngopenye dia masuk lam nqumah. Ceh. cakap ja lebih.Tipon En.Mohd Fauzi. Dia ngah cari ustaz. Lega plak rasanya dia cakap cam tue.
Cheq dengan Angah masuk lam nqumah. Duk sebelah dia. Wahhh.. sempat lagi cheq bercakap dengan benda tue. hikhikhik. Angah dengaq ja. 
Benda tue cakap cam nie "Jangan la kacau aku, ni tempat aku"
Cheq tanya " Kenapa kau kat sini"
"Ni tempat aku" Eh.. Eh.. cekadak dia. suka hati dia cakap ni tempat dia.
"Kau datang dari mane?"
"Aku dah lame kat sini"
Diam sejenak. Fikir jap. Urmmm... Macam mana leh masuk lam nqumah nie? sedangkan cheq dah berpagar nqumah nie sebelum masuk.
Angah tanya "Ko sape?"
"Aku kawan dia"
Nak tergelak pun ada time tue. Gila ka apa tuan badan tue kawan dia. menggong tul benda tue.
Cheq tanya lagi "Kenapa ko masuk lam badan dia nie?"
Diam. Ok.
Ambil yasin duk sebelah dia. Baca Bismillah, dia tengok jeling sambil gelak. Arghhh.. Len macam tengok dia nie. Terus jerit lari kuar. Angah pun ikut lari.


Takut beb. Las, dua-dua kat luar tunggu ustaz mai. Akak yang jiran depan tue pun tunggu sekali. Dia pun risau. Urmm.. makasih la acik bab temankan kami. Intai dari bawah ada 3 orang lelaki jenguk-jenguk kat atas. Mungkin kawan housemate kot. Tunggu ja lah. 3 orang laki nie pun dah sampai. Sorang baju hitam, sorang baju merah, sorang lagi botak. Cheq bawa masuk lam bilik suh tengok. Yang botak nie masuk dulu ntah apa yang dia baca, housemate jadi berang.
"Ko buat ape kat sini?"
Tak dak respon. Marah lagi si housemate nie.
"Jangan kacau aku!! pergi!!!!!"
Mak ai.. Sora dah berubah. kecut perut. Si botak nie cakap "dah panggil ustaz ke? nie bukan lawan saye nie."
Cheq faham situasi cam nie. Sebelum nie penah kena cam nie tapi tak teruk macam malam tadi. Masing-masing kuar dari nqumah tunggu kat luar.
5 minit, En.Mohd Fauzi naik atas. So, suma orang tertanya-tanya. En.Mohd Fauzi jawab "nanti kawan saya bawa ustaz dari darus syifa'". Tunggu lagi. Adei.. Bapa lama nak tunggu nieh?
Ada 3 orang berpakaian cam ustaz-ustaz. "Oooo.. mungkin nie kot ustaz tue." Bagi depa masuk. Suma orang masuk. Sorang bermisai, sorang lagi tak dak misai. Dah start sesi perubatan.


Adus..!!!! Si misai sora kuat, benda tue lagi jerit kuat. Si tak dak misai, relax je kat belakang. Depa suh masuk tolong pegang housemate. So, kami masuk. Huish... berterabur. Memang kuat betul benda nie. Ronta-ronta si minah tue. Memang kuat betul. Ustaz pun sampai. Eh, abang Muzamir, abang Syed pun ada. Ustaz berubat. Hah.. sampai ke luar minah tue. Cakap-cakap. Apa yang cheq dengar
"Sapa nama kamu?"
"Mek Som"
"Bape umur kamu"
"1450 tahun"
Ustaz tu gelak je. Kami yang kat luar dah ternganga dah. Terkejut mak. Gilo. Nie bukan yang tepi jalan.
Nie jenis saka tok nenek moyang dulu-dulu nie. Hatoi... Terkedu jap.

"Aku nak jaga dia"
"Kenapa kau nak jage dia plak? Allah boleh jage"
"Aku tak kan tinggalkan dia. Aku boleh jage dia"
"Allah boleh jage dia"
Berlakulah pergelutan antara ustaz dengan minah nie. Done 1. Ustaz picit-picit lagi kat sendi-sendi. Da lagi. Dokat lutut. hai... Yang nie bunyi cam nie plak.
"Aku nak tinggal kat rumah nie"
"Laa... awat hang nak tinggal lam nqumah nie? Dah-dah.. keluaq p"
Aiseyman..... bley plak nak tinggal sekali dengan kami. Tak bley jadi nie. Berubat lagi. Bergelut lagi. Dah selesai. Check lagi.


Alhadulillah.............. Dah tak dak. Memang kesian tengok dia. Setle berubat, ustaz pun terus keluar. Macam nak cepat ja. Sempat juga kami ucap terima kasih. Semoga Allah membalas jasa orang-orang yang tolong kami malam tadi.

Kami bawa housemate tadi keluar makan jap. Sambil sembang-sembang tue, abang-abang dia mai kedai mungkin tanya khabar kot. Sempat gak dia cita pasal saka arwah moyang dia dulu.
Masa arwah nenek dia meninggal, dia ada masuk dalam bilik tidur nenek dia. Ada sebuah almari baju lama dalam tu plak ada sepasang baju kebaya memang cantik sangat. Tak lusuh lagi. Dia pun try pakai baju kebaya tu. Mungkin dari situ, saka tu ikut dia.

Tak pa lah. apa pun semoga housemate dilindungi oleh Allah daripada makhluk Allah yang jahat. Aminnnn....

Dari situ kita kena sedar tanpa dekat dengan Allah, jin, syaitan, memang mudah untuk mendekati manusia.Jadi kenalah selalu dekat dengan Allah