Wednesday, June 03, 2015

HaPPY BeZDaY

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog.
Alhamdulillah kita masih bernafas di muka bumi Allah.
Bersyukur sangat mata ini masih boleh menatap wajah-wajah yang dikasihi.
Bersyukur sangat mulut ini mampu tersenyum.
Bersyukur sangat tangan dan seluruh anggota badan masih mampu melakukan ibadah.

Sudah sekian lama menyepi sendirian.
Sibuk menjalani tanggungjawab yang diberi.
Kelip mata sikit. haa..


Happy Bezday Mama..!!!!!!!!!
Semoga Mama dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur....
Dah lama tak sambut sekali kan?
Tinggal berjauhan macam nie la.
Memang terasa dalam hati ni.
Mungkin di lain hari kita akan menyambut hari lahir mama.
InsyaALLAH..


Thursday, August 21, 2014

bertafakur

Mulut mengunyah..
mata menatap tv..
tersiar berita mengenai MH17..
Tersentap seketika..
Air mata bergenang..
Mengalir perlahan..
Terus tersedu-sedu..
Ya Allah.. HambaMu ini termampu bertahan untuk menanggung kesedihan lagi..
Betul-betul sedih.. Walaupun tiada pertalian saudara, hati tetap terusik.

Assalamualaikum.. Hari ni hari yang suram bagi rakyat Malaysia. Semua bendera telah diturunkan separuh tiang. Tika ceq menurunkan bendera, hati menjadi teramat sayu. Entah kenapa pagi nie hati terasa begitu. Ayaq mata pun bergenang. Lepas selesai, kepala mendongak ke langit, mata memandang ke awan biru. Bagai ada sesuatu membisik ke telinga. 

Tidak tertahan, kepala terus memandang ke lantai. Air mata menitis ke lantai. Dalam hati berdoa untuk mangsa, ahli keluarga MH17 dan semua umat islam yang telah kembali bertemu dengan Maha Pencipta. Apa pun ceq bersyukur kerana semua mangsa dapat dikembalikan ke tanah air.



Kesempatan nie, mari lah kita ramai-ramai bertafakur 1 minit.


Friday, July 18, 2014

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Wahhh.. entri start dengan lagu "Balik kampung" noh. Hehehehe.. Lagi satu minggu nak balik kampung peluk mama, abah, adik-adik.Huish.. Hati dah meloncat-loncat. Senyum sampai telinga dah nie.

Monday, February 24, 2014

BanJirkah..??

Pagi-pagi nie ngantuk plak. Bos-bos suma tak dak. Nie yang best sangat nieh. Nak tidoq tak leh. Time keja la nieh. urmmm..
Haaaa... Baru teringat ada cerita nak kongsi nie. Hari ahad baru-baru nie, umah ceq masuk ayaq. Dah la ari tue buat part time.
Balik rumah ingat nak rest badan. Tup.. tup... Buka pintu.. Mak aiiiiiiiiiiii... Terkejut mak.. Aiq mai mana plak nieh? "sapa yang tak reti nak tutup paip aiq nie?" Tak pasai-pasai api kemarahan nek mendadak. Sampai luaq kot. Adoi.. Tengok Pija sibuk mop lantai. Dengan pantasnya, ceq dengan angah pun sibukkan diri nak keringkan aiq kat lantai.
Tengok bilik Pija memang separuh basah. Buka pintu bilik. Astagfirullahalazim... Habis satu bilik aiq masuk. Dalam hati dah menyumpah seranah. Tak kan nak tengok ja kan.? Angkat suma barang letak kat ruang tamu. Tak percaya.?


Tengok tue haa.. Bersepah kan..? Terkejut.? Mesti tertanyakan.? Tadi cakap aiq sampai kat ruang tamu. nie boleh plak letak barang kat ruang tamu. aiq masuk separuh ja. Tak banyak pun. Kebetulan kipas siling terpasang. So, cepat la aiq tue kering.


Yeeaayyyy,..!!! Dah kosong. Terbaik lah.. Dalam hati dah betul-betul sakit. Perghhh...


Hahahaha... Orang sibuk buang aiq, dia sibuk snap gambaq. sakit plak hati nie. Pija tukang basuh baju-baju yang dah basah. Kesian plak. Tapi mesin basuh yang jadi mangsa. Jadi cam nie disebabkan kelalaian seseorang. urmm... Bapa lama la dia biaq aiq mengalir cam tue.? Bulan nie kena bayaq lebih la. :( Saba ja lah hati. 
Sementara nak tunggu aiq lam bilik kering, kami lepak kat ruang tamu jap. Tak bapa lama tue, budak yang salah tue balik dari mana ntah tanya "buat pe nie.?" Eh.. eh.. rasa nak tumbuk ja muka tue. Then dengan perasaan sebal ceq pun gitau.
"dah tutup la main pipe tue, sebelum nak kuar"
"ntah la, abis basah nie. nak buat cam ne?g lah tengok bilik nu kot-kot air masuk."
Dia pun melangkah dengan ayunya buka pintu bilik. Terjenggul mukanya kat luar pintu bilik sambil tersenyum dengan tiada perasaan bersalah, bersimpati "tak de air pun"
hah.? terkejut perut angah. Hahaha. Nak heran apa. Dah da orang tolong sedutkan memang la tak dak aiq masuk. Pija buat isyarat dengan keningnya terangkat.
Pija pun terkejut. Ceq dengan angah tersenyum. Dalam maksudnya tu.
So, malam tue terpaksa lah kami dua beradik tido atas lantai. Dah mula masing-masing teringat zaman sekolah dulu join kem pengaakp. ahaha.. Dalam hati tetap sebal, marah, sakit hati suma menjadi satu.




Tuesday, February 11, 2014

Bezday!!!!

Hai...
Huarghhhhh,.... ngantuk plak ceq pagi-pagi nieh.
Ceq nak sambung cita Surprise yang ari tue. Urmm.. sampai mana ari tue? Tang coklat kan.?
Haa.... nie...
Esoknya tue, 6.2.2014 Pak Own menyapa di FB. Pak Own cakap keta En.Mohd Fauzi masuk bengkel. Tue ceq dah tau. urmm... Harap-harap ada harapan la. Hari Jumaat (7.2.2014) En.Mohd Fauzi antar msg ajak g Rawang. Wahhhh... Meloncat. Menari. Angah tengok pun geleng kepala. Rancangan akan berjaya. yahuuuuuu.....
8.2.2014 (Sabtu) macam biasa ceq buat part time. So, kena g waktu malam. lagi pun Pak Own OT hari tue. Tengah sibuk keja, Pak Own antaq wassap suh pilih kek. Ada la lam 5 jenis pattern kek yang dia pilih. Ceq pilih Cappucino Cream Cake. 
Lepas Maghrib, kami bersaip-siap sambil tunggu driver. hehehe... Pakwe sendiri leh cakap cam tu? Ish.. Ish.. Saba la ek. Sembang punya sembang sampai tak ingat dah nak sampai. Ceq tak leh nak bagi info dekat Pak Own. Nanti En.Mohd Fauzi dapat tangkap, dah tak jadi surprise. Pak Own pun pandai main peranan dia just call En.Mohd Fauzi ja. Fuhhh.. Selamat.
Sampai ja Rumah Pak Own, Ceq ajak kuaq g Maybank sat nak bank in duit. Hehehehe... Pak Own pun ikut ja.
Dah balik rumah Pak Own. Dok sat tengok bola. Pak Own wassap angah. Angah pun main peranan mintak izin nak p tandas. Lam 5 minit cam tue ceq pu bangun ikut angah masuk. Kononnya, takut angah tak tau. Ok. Dok lam bilik Pak Own. Lamanya.. Bila nak blackout nie.? Dah rimas nie. Ceq ngan angah dengaq bunyi orang jalan kot luaq umah. Mungkin Pak Own kot. Urmmm.... Dah gelap. Masa nie lah.. Angah buka pintu terus nyanyi. Hahahaha.. Macam-macam bunyi En.Mohd Fauzi nie. Terdiam sat En.Mohd Fauzi. Mungkin terkedu. Pak Own pasang balik lampu. Tak sangka betul-betul En.Mohd Fauzi terharu. Mata dia pun berair ja. Kesian plak. Terkena lagi dia tahun nie. Hehehe..

Nie lah Cappucino Cream Cake. Memang sedap. Cam aiskrim ja rasa.


Tengok... Memang En.Mohd Fauzi terkejut dan tak sangka ada lagi kejutan untuk dia. Cuma tahun nie, Ceq buat dengan kawan baik En.Mohd Fauzi.


Nie lah orang yang menjadi tulang belakang dalam majlis nie. Da lagi sorang. Pic tak dak lam nie. Jurukamera tak snap pic dia. hehehe.. Maaf k. Terima kasih sebab tolong untuk jayakan majlis kejutan untuk En.Mohd Fauzi.

Ok. Setakat nie ja lah kot. Taun bila la nak update blog nie pun tak tau la.Adiosss...

Selamat Ulang Tahun. Dah tua kan? Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umo.
Cepat-cepat kawen.

Surprise Again..!!!!

Hype.... Haiiiii.................
Dah lama sangat tak update blog nie. Sibuk sangat. Kadang-kadang malas pun ada.
Ya lah. Smartphone pun tak dak. So, kemalasan nak update blog tu timbul dalam diri nie.
Sebelum terlupa, nak explain entry kat atas tue. "surprise again..!!!" heeee...
Bulan Februari nie ada 2 orang telah dilahirkan. Angah dan En.Mohd Fauzi.
Kita lupa sat kat atas tue. Nie ceq nak cita sikit. Masuk ja bulan Februari, otak dah mainkan peranan. Haaaa... pa dia? Of course lah Hari Ulang Tahun En.Mohd Fauzi dan Cik Siti Nurnaziatul Jawahir.
Ok. Cik Siti Nurnaziatul Jawahir kita tinggai sat. Nie surprise untuk En.Mohd Fauzi.
Haa... seminggu sebelum 6.2.2014 ceq fikir tahun nie nak buat apa.
1. Ucap birthday
2. Bagi hadiah
3. Surprise
Urmm.. Fikir punya fikir. No. 1 buat juga. No. 2 tue may be kot. No. 3 plak En.Mohd Fauzi mesti dah tau. So, fikir lah dulu. Hari isnin (3.2.2014) En.Fadhirul (Pak own) member kampung En.Mohd Fauzitegur ceq lam FB. Ting!!! tiba-tiba mentol dah menyala. Apa lagi dapat idea lah. Minta tolong Pak Own untuk jayakan majlis nie. Ceq cita suma nya dalam FB. Memang tak leh buat dekat kilang nanti En.Mohd Fauzi dapat tangkap rangcangan nie. So, minta jasa baik Pak Own buat majlis kejutan tu dekat rumah sewa dia di Rawang.
Tepat jam 00.00 a.m (6.2.2014) call En.Mohd Fauzi. Dia cakap ceq lambat. Dah agak sapa yang ucap dulu. Dengan rela hati dan tak mau dia syak apa-apa. Ceq tanya sapa yang ucap dulu.? Dalam beberapa minit perut ceq buat hal. Kruuuuukkkkk... Dah buat muzik dondang sayang. Apa lagi. Henpon yang dah tersedia kat tangan terus taip msg dan send kat En.Mohd Fauzi. Ajak makan kat luar. Dengan rela hati En.Mohd Fauzi pun mai amik. Ceq pun bawak coklat sebagai hadiah. Pic kat bawah nie lah coklat yang ceq bagi.


Memang En.Mohd Fauzi hepy sangat. siap post lam FB. "Biar simple janji ikhlas"..




Thursday, December 19, 2013

Rasuk 2

Assalamualaikum...........
Selamat pagi hari Khamis. Yeayyy..!!! Esok last keja tuk minggu nie.
Tak sabaq nya... Aisyeman.. Pap (tepuk dahi sat).
Kelmarin cheq jumpa dengan Abang Syed nak tau apa yang ustaz cakap.
"ustaz cakap dalam badan kawan awak tue ada 3. 1 yang dia punya. Lagi 2 tue yang ikut balik."
"ohhh... biaq betoi abang syed?"
"Betul.. Lagi 1 rumah awak ada laluan yang dah bocor. Jadi, ustaz saran kan awak pagar balik rumah tue."
"Ok. Balik nanti Tiqah bincang dengan budak umah"
Otak pun main peranan. Berfikir cepat. Ting.! Tipon Angah cakap malam nie nak jumpa suma budak umah.
Balik dari keja, Alhamdulillah.. Suma ada. Sesi perbincangan. Teeeetttttttttttt............. Done. Suma setuju. Alhamdulillah. senang buat keja macam nie. Housemate pun senang bagi respon yang baik. Gud.. Gud.. 
Senang keja cheq.
Dalam perbincangan tue da jugak selit - selit bab saka nie.
"Wada... baju kebaya tue ade kat mane ye?"
"dekat Wada. Dekat K.L."
"Urmmm.. Cam nie lah. Wada bawak baju tue balik kampung. Bincang dengan mak, kakak, cam ne? nak putuskan perjanjian tue ke ape?"
"Ok. Nanti Wada bawak balik. tapi, cam sayang je nak buang baju kebaya tue."
"Tiqah bukan ape kesian dekat Wada. sakit 1 hal, penat, seksa lagi."
"Ye lah."
Dah. Masing-masing dah senyap. So, Angah bersuara.
"Jom. Masak. Kita makan ramai-ramai malam nie."
Suma senyum-senyum. Cheq plak mandi dan basuh baju. Angah dengan Wada masak.
Sempat lagi baca yasin. Alhamdulillah...

No.tel ustaz dah dapat. Tunggu nak tipon je. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Aminnnnn...